Search This Blog

Sunday, November 14, 2010

ORANG YANG BERGERAK UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN ADALAH ORANG YANG BERFIKIR


Antara punca atau faktor kepada kemunduran, kemerosotan dan kehinaan yang dialami oleh umat Islam hari ini adalah berpunca daripada kegagalan mereka menggunakan akal yang telah dikurniakan Allah dengan sebaik-baiknya. Sudah jelas lagi bersuluh bahawa kealpaan dan kelalaian umat ini telah mengakibatkan mereka terus hidup dalam sistem yang rosak lagi merosakkan, yang tidak layak diamalkan oleh manusia. Antara ciri-ciri manusia yang tidak berfikir ialah manusia yang hidup sehari-hariannya akan mengulangi perkara yang sama. Mereka tidur, bangun dari tidur, makan, bekerja atau belajar, bergelak tawa dan bersosial, berkahwin, melahirkan anak-anak sehingga ke cucu cicit, mengumpul harta seperti rumah besar dan kereta mewah, mempunyai kerjaya yang sangat memuaskan dan akhirnya sehingga ajal tiba, mereka akan menghadapi kematian seperti manusia lain. Tidak walaupun sedetik dalam hati mereka pernah bertanyakan pada diri sendiri, “apakah sebenarnya tujuan aku dihantar untuk hidup di atas bumi ini?”Wahai Pembaca Yang Mulia,Sesungguhnya manusia yang tidak berfikir tentang kehidupan ini ialah seperti binatang ternakan, malahan mereka lebih hina dan sesat daripada binatang ternakan. Siapakah yang menghina golongan yang tidak berfikir sehingga status mereka digelar sebagai lebih sesat daripada binatang ternakan? Itulah Sang Pencipta, yang memulakan penciptaan manusia dari jiwa yang satu. Allah memberi amaran keras kepada golongan yang tidak mahu menggunakan akal mereka untuk berfikir tentang kehidupan ini, tentang permasalah umat ini, tentang ancaman fikiran-fikiran kufur yang melanda umat ini seperti mana firmanNya;“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahaminya dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” [QS 7: 179]Apakah kehidupan kalian adalah semata-mata kalian dedikasikan untuk belajar sahaja? Adakah dengan alasan ini kalian akan berhadapan dengan Allah supaya kalian terlepas dari tanggungjawab memikirkan masalah kehidupan ini lebih-lebih lagi masalah kalian sendiri yang hidup dalam sistem hidup yang huru-hara, yang mengajar kalian supaya hanya sibuk memikirkan perut-perut kalian, harta-harta yang kalian ingin kumpulkan dan kehidupan berkeluarga yang kalian impikan? Apakah kalian pernah membuka mata kalian bahawa kalian hidup dalam sistem ekonomi yang mengamalkan RIBA, sistem sosial yang menggalakkan ZINA, sistem pendidikan yang menjadikan kalian SEKULAR, dan apakah kalian tidak memikirkan dan memerhatikan kehidupan kalian sendiri yang mempunyai masalah dalam hutang pinjaman untuk yuran pelajaran, berhadapan dengan kehidupan sosial yang tidak mengenal batas haram dan halal malahan kalian merupakan sebahagian dari UMAT ISLAM YANG MUNDUR lagi DITINDAS? Sedarlah wahai umat bahawa setiap hari kalian dikhianati oleh orang yang sepatutnya mempertahankan kalian dan saudara-saudara seakidah kalian.“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” [QS 9: 24]Kami di Jundu Asy-Syabab telah menyampaikan peringatan-peringatan ini supaya kalian bangkit dan sesungguhnya Allah adalah saksi kami. Pilihlah destinasi kalian, adakah kalian ingin menghadapi ajal kalian sebagai orang yang menggunakan akal atau kalian ingin menghadapi saat kematian kalian sebagai manusia yang lebih sesat daripada binatang ternakan. Wallahua’lam.

No comments:

Post a Comment